Nisa' Dun AIr Putih

Friday, December 08, 2006

SENI BEKERJA

Untuk semua jenis kerja di dunia yang sementara ini.

Kata pepatah cina, "Agar anak panah boleh meluncur kencang, tariklah busur sekuat-kuatnya."

Nasib baik tidak akan mengangkat kita ke puncak kejayaan. Kita hanya boleh mencapainya dengan usaha kita sendiri. Nabi Muhammad s.a.w. mengajak dan menyeru, berbincang dan berkomunikasi, adakalanya ada jiwa yang bersedih, ada darah yang menitis. Lalu, bagaimana kita hendak bekerja barang secubit dan sekala sekala, kemudian mengharapkan kejayaan datang bertimpa-timpa?

Kerja itu sendiri tidak menjamin kita meraih kejayaan. Berapa ramai orang tekun bekerja siang dan malam, tetapi tidak mendapat apa yang diharapkan.

Hanya apabila kita merancang dan mengatur usaha kita, barulah kita dapat memaksimumkan hasil daripada usaha yang minimum. Merancang dan mengatur adalah usaha yang memerlukan tindakan selanjutnya bagi mendapatkan hasil maksimum itu.

Bagi kita orang Islam, kita selalu merangkaikan tiga perkara iaitu usaha, doa dan tawakkal. Bagi kita orang beriman, usaha itu satu nikmat dalam kehidupan sebab berjaya atau tidak, kita tetap mendapat pahala!

Kata Dr. Frank Boyd, "Kebiasaan jalan secara teratur akan memberikan keuntungan yang tidak ternilai."

Bukankah Allah suka kepada kerja yang berterusan?

Mari kita beristiqamah.
posted by Nabilah Hasan at 8:45 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home