Nisa' Dun AIr Putih

Sunday, September 03, 2006

Maksud Allah Siapa Yang Tahu?

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.

Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.

Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Begitulah al-kisahnya.

Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Tirmizi, Nabi Muhammad (salam sejahtera ke atasnya) pernah bersabda, "Besarnya ganjaran seiring dengan besarnya ujian. Apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Allah uji mereka. Sesiapa yang reda dengan ujian itu, dia akan mendapat keredaan Allah, sesiapa yang marah tidak reda dengan ujian itu, dia akan dapat kemurkaan Allah."

Dalam sebuah hadith lain, Aisyah r.a. berkata, "Saya tidak hairan lagi kepada mudahnya seseorang itu meninggal dunia, selepas saya lihat betapa sukarnya Rasulullah (salam sejahtera ke atasnya) wafat."

Dari 2 hadis ini, Nabi Muhammad memberitahu kepada kita bahawa :

1. Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

2. Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita agar tidak terbuai dengan lazatnya nikmat dunia sehingga melupakan urusan akhirat.

3. Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini dapat mencegah kita daripada berprasangka buruk dan menyalahkan orang yang kena musibah. Bukankah orang yang paling banyak diuji ialah para nabi?

4. Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahu a'lam.

Allah-lah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNya.
posted by Admin dNisa' at 9:32 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home