Nisa' Dun AIr Putih
Tuesday, August 29, 2006
TUGAS SIAPAKAH ITU?
Kisah ini berkisar tentang
empat sekawan yang bernama
SEMUA, SESEORANG,
SESIAPA dan TIADA.
Ada tugas mustahak
untuk disempurnakan
lalu SEMUA diminta
melakukannya.
SEMUA yakin kerja itu dapat disempurnakan
apabila SESEORANG akan melakukannya.
SESIAPA mungkin telah melakukannya
tetapi, oh!
TIADA yang melakukannya.
SESEORANG menjadi marah terhadapnya
kerana itu tugas SEMUA.
SEMUA menganggap
SESIAPA sahaja dapat melakukannya
TIADA yang menyedari bahawa
SEMUA tidak mungkin melakukannya
tanpa empat mata bertemu
dan empat hati berbicara semeja.
Perkara ini berakhir
dengan SEMUA mencemuh SESEORANG
apabila TIADA yang melakukan
apa yang sepatutnya SEMUA lakukan.
Lalu,
tugas siapakah itu?
Disedut dari modul NAWIFI 1994 - MMP KB, dengan sedikit suntingan.
Tidak diketahui milik siapa hakcipta sajak ini, mohon dihalalkan kerana disiarkan bukan untuk tujuan perniagaan.
Semoga pengarangnya mendapat pahala yang berganda dengan dimanfaatkan oleh kita semua.

posted by Nabilah Hasan at 5:51 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home